humor

27.7.17

SULTAN IDRUS QAIMUDDIN : SULTAN, SUFI & ULAMA BESAR BUTON

 

SULTAN IDRUS QAIMUDDIN : SULTAN, SUFI & ULAMA BESAR BUTON
Ramai dari kalangan para ulama di Nusantara yang pernah diangkat menjadi sultan. Salah seorang darinya ialah Syeikh Idrus Qaimuddin Al Buthoni.
Syeikh Idrus Qaimuddin Al Buthoni adalah Sultan Kerajaan Buton, Sulawesi yang ke-29 yang ditabalkan pada tahun 1821. Beliau juga seorang ulama besar yang banyak menghasilkan penulisan dalam bahasa Arab.
Sepanjang hidupnya, beliau dikatakan telah menulis lebih 20 buah kitab dalam bahasa Arab. Namun hanya sebahagian sahaja yang masih ada.
Antara kitabnya yang masyhur ialah Misbah Ar Rajin Fi Zikri Salatu Was Salam Alan Nabi Syafi’il Muznibin iaitu kitab tentang himpunan selawat dan kelebihan selawat atas Rasulullah SAW. Kemampuan beliau mengarang kitab dalam bahasa Arab membuktikan ketinggian ilmunya dalam bidang agama.
Antara guru-guru Sultan Idrus Qaimuddin ialah Syeikh Muhammad ibn Syais Sumbul al-Makki, Sayyid Abdullah bin Sayyid Ahmad al-Baghdadi an-Naqshabandi dan Syeikh Muhammad Zain bin Syamsuddin al-Jawi.
Sultan Idrus Qaimuddin juga seorang ulama bertarekat Khalwatiyah, Sammaniyah dan Syattariyah. Beliau telah membina sebuah tempat untuk bersuluk sekitar 1 km dari istana Buton. Di sinilah beliau menulis kitab-kitab di samping beribadat. Beliau juga dimakamkan di samping tempat suluknya ini.
Semasa memerintah Buton, beliau mengukuhkan perlaksanaan syariat Islam di Buton. Beliau juga memperkukuhkan institusi zawiyah (madrasah) yang melahirkan ulama-ulama Buton termasuk seorang puteranya iaitu Syeikh Abdul Hadi (ulama besar Buton).
Sultan Idrus Qaimuddin juga terkenal sebagai seorang sultan yang zuhud dan tawaduk. Beliau sering menulis syair bagi memperingati dirinya bahawa jawatannya itu hanyalah sementara.
Senarai antara kitab-kitab dalam bahasa Arab yang ditulis oleh Allamah Syeikh Sultan Idrus Qaimuddin Al Buthoni:-
1) Misbah Ar Rajin Fi Zikri Salatu Was Salam Alan Nabi Syafi’il Mudznibin
2) Mu’nisah Al Qulub fi Zikr wa Musyahadah
3) Dhiya’ Al Anwar fi Tasyfiah Al Aqdar
4) Kasyful Hijab fi Muraqabah Al Wahab
5) Kasyful Muntazar Lima Yarah Al Muhtadar
6) Hadis Arbain
7) Al Maulid Al-Karim Wa Ar-Rasul Al-Azim
8) Fath Ar-Rahim Fi At-Tauhid Rabb Al-Arsy Al-Azim
9) Hidayat Al-Basyir Fi Ma’rifat Al-Qadir
10) Zubdat Al-Asrar fi Tahqiqi Ba’di Nasyarib fi Al-Akhyar wa Risalah As-Syatariyyah
11) Mu’nasat Al-Qulub fi Az-Zikir Wa Musyahadat ‘Alam Al-Ghuyub
12) Sabil As-Salam Li Bulughi Al-Maram
13) Sabil As-Salam Li Bulughi Al-Maram Fi Ahadisi Sayyid Al-Anam
14) Tahsin Al-Aulad Fi Ta’at Rabb Al-Ibad
15) Tanbih Al Gafil Wa Tanzilat Al-Mahafil
16) Tanqiayat Al-Qulub Fi Ma’rifat ‘Alam Al-Guyub
17) Ibtida Sayr Al-Arifin
Oleh: Ustadz Hasanuddin Yusof (Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara)

ditulis oleh Rijal Mumazziq Z Posted by Penerbit imtiyaz,http://imtiyaz-publisher.blogspot.com/ Penerbit Buku Buku Islam. Oleh: Rijal Mumazziq Z (Ketua Lembaga Ta'lif wa Nasyr PCNU Kota Surabaya)

No comments:
Write comments

Advertisement

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

-

Terbitan




Dgus dur dan sepakbola terbitan penerbit imityaz

ensiklopedia 22 aliran tasawwuf

Hilyah buku cerdas bahasa arab dan inggris

Menyongsong Taqdir Meniti Asa

Dari Pesanteren untuk ummat terbitan penerbit imityaz

pengetahuan dasar alqur'an penerbit imityaz



Rasionalisasi Tuhan

Rasionalisasi Tuhan

Rasionalisasi Tuhan